Hot FM

Contohi syarikat yang dah mula bayar gaji minimum RM1,500, Saravanan gesa majikan



Menteri Sumber Manusia M Saravanan sebelum ini berkata, gaji minimum ‘kira-kira RM1,500 sebulan’ dijangka dilaksanakan sebelum akhir tahun ini.

PETALING JAYA: Terdapat majikan yang sudah mula membayar pekerja gaji minimum RM1,500 yang dicadangkan walaupun ia belum diwajibkan, menurut Menteri Sumber Manusia M Saravanan.

Beliau berkata, ketika kerajaan masih belum memuktamadkan gaji minimum baharu, Aeon Co (M) Bhd dan Westports Holdings Bhd sudah melaksanakannya.

Sambil merakamkan penghargaan kepada kedua-dua syarikat itu dalam kenyataan hari ini, Saravanan menggesa pihak lain agar mencontohi mereka.

“Saya juga ingin menyeru kepada majikan lain agar mengambil contoh pendekatan syarikat Aeon Co (M) Bhd dan Westports Holdings dan berusaha menawarkan gaji pekerja pada kadar melebihi gaji minimum sedia ada,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua syarikat ini menunjukkan contoh yang baik atas keprihatinan mereka terhadap permasalahan pekerja, walaupun…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version