Site icon Hot FM

Cover Lagu Hasrat, Warganet Minta Diana Danielle & Suki Low Rakam Full Version

Penyanyi Diana Danielle dan Suki Low tampil menyanyikan lagu Hasrat nyanyian Amir Jahari sempena kemenangannya di Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38), baru-baru ini.

Perkara itu telah dikongsikan oleh mereka dalam sebuah hantaran di Instagram, semalam.

Menerusi hantaran tersebut, mereka telah menyanyikan lagu itu secara harmoni sekali gus meraih perhatian ramai.

“Tuhan, izinkan ku cerita apa ku rasa.. Tahniah, Hasrat OST Imaginur @amirjaharimuzik,” tulisnya.

Terpegun mendengar gabungan dua suara itu, rata-rata pengikut meminta mereka menyanyikannya dalam versi penuh di ruangan komen.

Exit mobile version