Site icon Hot FM

COVID-19: Ini Pesanan Simple Tasha Shila & Suami

Memasuki hari ketiga Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasa sehingga 31 Mac ini akibat penularan wabak COVID-19, semakin ramai selebriti tempatan tampil memberi nasihat dan peringatan kepada rakyat negara ini.

Antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza, Mira Filzah, Khai Bahar, Wany Hasrita, Siti Saleha, Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah.

Terbaharu, pelakon Tasha Shilla yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2020 turut mengambil peluang ini untuk membantu kerajaan dalam mengurangkan penularan wabak itu dengan merakam video pendek mengenai pesanan semasa berada dirumah.

Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila binti Abdul Razak bersama dengan suami tercinta Muhammad Atiq telah memuat naik pesanan mereka itu menerusi laman Instagram.

  1. Duduk di rumah dan elakkan berada di tempat yang sesak
  2. Dengar arahan kerajaan dan pihak berkuasa
  3. Luangkan masa dengan keluarga tercinta
  4. Makan makanan yang berkhasiat
  5. Bersenam di rumah

Tasha pada akhir video berkenaan turut sempat menyatakan dirinya amat menyayangi semua.

Exit mobile version