
KOTA KINABALU: Kluster Pandan-Pandan di Putatan menjadi kluster terbaharu institusi pendidikan di Sabah dengan 16 kes kumulatif direkodkan setakat ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun.
Beliau berkata Kluster Pandan-Pandan melibatkan jangkitan di Madrasah Darul Hadis Sabah, Kampung Pandan-Pandan dengan kes indeks membabitkan seorang guru lelaki berusia 53 tahun.
“Kes indeks bergejala demam, batuk, selsema dan sakit badan pada 17 Jan dan hasil ujian saringan pada hari sama mendapati beliau positif Covid-19.
“Saringan terhadap kontak rapat mendapati 15 orang disahkan positif terdiri daripada keluarga kes indeks, kakitangan dan pelajar. Semua kes positif telah dikuarantin dan menerima rawatan yang sesuai,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.
Sebelum ini,…