Pada 24 Mac 2020, genap 7 hari Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan dengan menetapkan beberapa garis panduan termasuk sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara selain kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.
Menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, mereka yang baharu pulang dari luar negara, perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela.
Perkara tersebut kini berlaku kepada Sharifah Amani yang baharu pulang dari Jakarta dan kini dikuarantin secara sukarela.
Menurutnya, dia berasa sedih selepas tidak dapat memeluk kakaknya Sharifah Aleya serta keluarganya disebabkan pelakon tersebut perlu menjaga jarak sosial.
“SubhanAllah I miss my family so much.”
Pelakon yang popular menerusi filem Sepet itu turut menggesa rakyat Malaysia agar mematuhi arahan kerajaan agar duduk di rumah supaya dapat membendung penularan virus COVID-19.
“The less of us out there the faster the virus will subside God willing.”
Semoga Malaysia sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya serta segera pulih seperti sedia kala.
