Menerusi video yang berdurasi 2 minit 26 saat itu, pegawai-pegawai dari KPDN Perak yang memeriksa premis berkenaan mendapati crystal ball ada dijual di situ.
Salah seorang pegawai yang bertugas menerangkan bahawa barangan tersebut adalah sesuatu yang merbahaya.
“Benda ini rendam dalam air dia kembang, dulu ada kes budak tertelan dan kena operate.
“Kerajaan sudah beri kenyataan benda ini tidak selamat, diwartakan sebagai barang terlarang untuk dijual,” katanya.
