Penyanyi popular, Haqiem Rusli memuji peserta Calpis Soda One In A Million iaitu Kai Deva sebagai seorang yang unik.
Meskipun baru berjumpa dan bertentang secara empat mata, Haqiem bagaimanapun mengaku sebelum ini dia pernah menyaksikan persembahan Kai ketika membuat sesi busking di Bukit Bintang menerusi siaran langsung di TikTok.
Dalam pada itu, Haqiem ketika ditemui XTRA pada sesi latihan vokal bersama peserta Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) yang berlangusng di Cheras, Kuala Lumpur pada Khamis sempat berkongsi mengenai persiapan dan persembahannya sempena konsert minggu ke-7 CSOIAM bersama peserta Kai Deva.
Katanya, kehadirannya sebagai rakan duet Kai di konsert CSOIAM yang berlangsung pada Ahad nanti hanyalah sekadar mahu mempersembahkan kelainan menerusi lagu Di Alam Fana Cinta nyanyian asal kumpulan Fotograf.
“Lagu ini lagu legenda, jadi saya tidak perlu fikir banyak. Saya cuma mahu menambah kelainan.
“Macam saya sendiri, saya hanya ikut sahaja apa yang Kai perlukan, cuma saya akan tolong cantikkan sahaja lagu tu, kalau ada idea saya akan tolong cuma semua ni bergantung pada peserta.
“Sebab dia yang nak bertanding, so dia tau apa vision pertandingan ni,” katanya.
Tambahnya, dia juga sudah bersedia untuk bekerjasama dengan Kai Deva jika ada peluang untuk menghasilkan lagu bersama pada masa akan datang.
“Kami baru bertemu hari ini (Khamis) dan belum berbincang tentang lagu.
“Tapi kalau ada upcoming projek atau dia dah dapat label ke nanti dan kalau memerlukan khidmat kami untuk buat lagu saya okay sahaja,” jelasnya.
View this post on Instagram
Sekadar info, enam peserta iaitu Mary Grace, Zazzleen, Jimi, Mariam, Eylia dan Kai Deva masing-masing akan berduet bersama penyanyi artis popular seperti Marsha Milan, Amir Masdi, Shiha Zikir, Aisha Retno, Khai Bahar, dan Haqiem Rusli di konsert minggu ketujuh nanti.
Teruskan menyaksikan Calpis Soda One In A Million secara langsung di TV3, setiap Ahad, jam 9.00 malam, atau strim secara HD di Tonton.
Jangan lepaskan peluang untuk menonton program berprestij ini setiap minggu untuk peluang menangi hadiah berupa sebuah PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000 bagi mereka yang bertuah!
Jangan terlepas untuk merasai keterujaan sorotan eksklusif pengalaman peserta melalui Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal, yang bersiaran setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam.
Ikuti perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk berinteraksi mengenai program ini.
View this post on Instagram