Menteri bertanggungjawab portfolio pendidikan negeri berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan PPD untuk mendapatkan pandangan lanjut.

KOTA KINABALU: Sebarang keputusan mengenai cadangan melanjutkan cuti persekolahan berikutan cuaca panas ketika ini akan dibawa untuk perbincangan di peringkat Jemaah Menteri negeri, kata Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah Mohd Arifin Mohd Arif.
Beliau yang juga memegang portfolio pendidikan negeri berkata, perkara itu juga akan dibincangkan di peringkat persekutuan dan peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
“Saya juga akan mengadakan pertemuan dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk mendapatkan pandangan selain makluman berkaitan pendidikan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Kerajaan Sabah di Pusat Konvensyen…