Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Cuaca panas: KKM nasihat tangguh aktiviti luar kelas

today23 March 2024

Background


Kementerian Kesihatan menasihatkan aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan susulan cuaca panas. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan sementara di lokasi berstatus cuaca panas Tahap 1, iaitu suhu maksimum harian melebihi 35 hingga 37 darjah celcius.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, berkata jika cuaca bertukar kepada status gelombang haba, Kementerian Pendidikan (KPM) boleh mengambil tindakan mengikut Pelan Tindakan Bagi Menangani Gelombang Haba 2016, Pelan Tindakan Pengurusan Risiko Kesihatan Akibat Gelombang Haba 2021 oleh KKM dan Garis Panduan Penutupan Institusi Pendidikan oleh KPM.