Menerusi video yang dimuat naik oleh @gohteckchuan, kelihatan kanak-kanak itu sedang berada di sebuah restoran sambil gelagatnya dirakam senyap-senyap oleh ayahnya.
Apa yang menghiburkan adalah apabila dia ternampak orang memakai kostum dinosaur di dalam restoran itu dan pura-pura jadi patung seperti tak nampak kerana takut disergah.
Lebih melucukan lagi, pada masa yang sama dia juga sempat menjeling ke kiri dan kanan untuk memastikan dinosaur itu tidak mendekatinya.