Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Cuba masuk kediaman MB, lelaki ditahan

today5 January 2024

Background


Terdahulu, tular video dan laporan di media sosial bahawa seorang lelaki dipercayai wartawan ditangkap cuba curi masuk ke pekarangan kediaman Amirudin Shari di Shah Alam.

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki susulan percubaan masuk ke kediaman rasmi Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dengan bersembunyi di tempat duduk belakang sebuah kereta.

Ketua Polis Shah Alam Iqbal Ibrahim mengesahkan kepada FMT bahawa polis telah membuat tangkapan, namun beliau tidak dapat memberikan butiran lanjut pada masa ini.

Terdahulu, tular video dan laporan di platform media sosial X bahawa seorang lelaki dipercayai wartawan ditangkap cuba curi masuk ke pekarangan kediaman Amirudin di Shah Alam

Dalam laporan polis yang dibuatnya, pembantu Amirudin, Musa Zin berkata, beliau dimaklumkan bahawa seorang lelaki ditangkap cuba memasuki kediaman itu dengan bersembunyi di tempat duduk belakang kereta.

Suspek dipercayai tidak dibenarkan memasuki kediaman itu sebelum mencuba untuk masuk, menurut laporan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post