
PETALING JAYA: Sebuah lori kontena membawa muatan dagangan ayam sejuk beku yang baharu tiba dari Thailand di Padang Besar, Ahad lalu diarahkan berpatah balik oleh penguatkuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis selepas ia dikesan berasal dari Israel.
Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim, berkata kejadian itu dikesan kira-kira 12 tengah hari selepas lori terbabit melalui terowong mesin pengimbas di Unit Dagangan Jalan Raya, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQs) di sini.
“Semasa proses imbasan imej, pengendali mesin pengimbas mengesan kontena digunakan berasal dari Israel berdasarkan logo ZIM yang tertera pada badan dinding luar kontena itu.
“Oleh itu, lori terbabit ditahan bagi mendapat pengesahan dan pemeriksaan lanjut,” katanya melalui kenyataan hari ini, menurut Berita…