
SEPANG: Taktik licik penyeludup menyembunyikan 207kg dadah jenis metamfetamina bernilai lebih RM6.6 juta dalam sebuah mesin industri berjaya dikesan kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.
Ketua Pengarah Anis Rizana Mohd Zainudin berkata pada 6 Okt lepas, pemeriksaan harian di terminal kargo KLIA membawa kepada penemuan mesin industri itu dengan dadah disembunyikan dalam ruangan khas.
“Dadah itu dari benua Amerika, dipercayai transit di sini untuk tujuan pengedaran di negara Teluk. Kejayaan ini juga hasil kerjasama kerajaan Arab Saudi dan kastam, yang menerima maklumat risikan daripada Direktorat Jeneral Kawalan Narkotik Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi,” katanya pada sidang media.
Selain itu, kastam turut menemukan 3kg dadah jenis kanabis bernilai hampir RM102,300 di Terminal 1 KLIA pada 10 Okt lepas…