
PUTRAJAYA: Kastam menggagalkan cubaan menyeludup dadah dengan berat 6.13kg bernilai RM1.22 juta yang disembunyikan dalam bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang pada 9 Jan lepas.
Pengarah Operasi Penguatkuasaan Zon Tengah, Wong Pun Sian, berkata dadah tersebut ditemukan dalam tujuh kotak barangan kosmetik yang mengandungi bongkahan pepejal seperti sabun pelbagai warna dalam bagasi kabin milik seorang penumpang warga Perancis, yang menaiki penerbangan dari Sao Paolo, Brazil.
Ujian awal ke atas bongkahan tersebut disyaki adalah dadah jenis kokain.
“Modus operandi sindiket ini adalah dengan menyembunyikan dadah berbentuk sabun dengan pelbagai warna di dalam kotak barangan kosmetik untuk mengaburi mata pihak berkuasa dan dibawa secara ‘hand carry’ oleh penumpang yang telah berusia dan mengembara…