Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Cubaan seludup RM750,000 vape ke negara jiran gagal

today23 March 2026

Background


vape
Komander Briged Tenggara PGA Ahmad Radzi Hussain berkata 1,800 peranti rokok elektronik serta 3,800 kartrij cecair berkapasiti 30ml yang keseluruhan berjumlah 114 liter ditemui dalam sebuah stor.
KOTA BHARU:

Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas rokok elektronik atau vape bernilai RM750,000 disyaki cuba diseludup ke negara jiran dalam operasi di Taman Bahagia, di sini, Rabu lepas.

Komander Briged Tenggara PGA, Ahmad Radzi Hussain, berkata Ops Taring Wawasan Kelantan itu dijalankan Batalion 8 PGA dengan kerjasama Jabatan Kastam Kota Bharu dan Bahagian Siasatan Jenayah Tumpat.

Beliau berkata, dalam serbuan kira-kira 2.30 pagi di sebuah flat, seorang lelaki dikesan dalam keadaan mencurigakan cuba membuka sebuah stor.

“Lelaki itu melarikan diri apabila menyedari kehadiran pihak berkuasa, manakala pemeriksaan lanjut dalam stor menemui 1,800 peranti rokok elektronik serta 3,800 kartrij cecair berkapasiti 30ml setiap satu dengan jumlah keseluruhan 114 liter,” katanya dalam kenyataan.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Saya bukan AI – Guardiola

London: Pengendali Manchester City, Pep Guardiola, menyifatkan kemenangan 2-0 ke atas Arsenal dalam final Piala Liga sebagai detik 'istimewa' selepas melalui tempoh mencabar.

today23 March 2026