Presiden Cuepacs Adnan Mat berkata mungkin boleh dikekalkan melalui pemberian lain seperti insentif sara hidup berbanding dihentikan serta-merta.

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan kenaikan pencen pesara kerajaan sebanyak dua peratus setiap tahun dikekalkan sehingga kerajaan melaksanakan pelarasan gaji baharu penjawat awam.
Presidennya, Adnan Mat berkata, ia mungkin boleh dikekalkan melalui bentuk pemberian lain seperti insentif sara hidup berbanding dihentikan serta-merta.
“Tidak wajar setiap kemudahan yang dinikmati oleh pesara ditarik semula tanpa digantikan dengan suatu kemudahan yang lebih baik,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, Cuepacs menghormati keputusan dibuat Mahkamah Persekutuan baru-baru ini yang mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan mengisytiharkan…
