
PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu Menteri Pendidikan Radzi Jidin mengkaji semula dakwaan bahawa guru besar sebagai pentadbir yang menyandang gred DG52 akan kembali bertugas sebagai guru biasa di sekolah rendah.
Presiden Cuepacs, Adnan Mat, berkata pihaknya dimaklumkan isu itu disuarakan kesatuan yang mewakili perkhidmatan perguruan kepada Kementerian Pendidikan (KPM) tetapi tiada sebarang penyelesaian dibuat.
“Adalah tidak wajar sekiranya guru besar dan lain-lain pegawai di KPM, JPN (jabatan pendidikan negeri), PPD (pejabat pendidikan daerah) dan penolong kanan diarahkan menjadi guru biasa semula hanya kerana mereka dinaikkan ke gred lebih tinggi. Sistem yang menetapkan guru besar…