Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Cuepacs saran tempoh bayaran pinjaman dipanjangkan, elak rakyat muflis

today4 February 2023

Background



Pada 2013, BNM mengeluarkan pekeliling memendekkan tempoh pembiayaan peribadi dari 25 tahun kepada 10 tahun dan pinjaman perumahan dari 45 tahun kepada 35 tahun.

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia (BNM) diminta meneliti had tempoh bayaran pinjaman supaya dapat dipanjangkan, bagi meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat dan mengelakkan masalah muflis.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Adnan Mat berkata, langkah itu wajar dilaksanakan bagi merendahkan jumlah bayaran balik pinjaman, sekali gus membantu rakyat yang sedang berdepan dengan peningkatan kos sara hidup serta kesan pasca-Covid-19.

Katanya, ini termasuk bayaran pembiayaan peribadi dipanjangkan dari 10 tahun kepada 20 tahun.

Bayaran semula pinjaman yang rendah membolehkan rakyat mempunyai lebih banyak pendapatan boleh guna untuk dibelanjakan, tambahnya.

“Secara keseluruhannya, langkah ini dijangka merancakkan semula ekonomi….

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post