
PETALING JAYA: Pelaksanaan cukai barang bernilai tinggi (HVGT) masih ditangguh kerana kerajaan memberi keutamaan kepada beberapa langkah reformasi fiskal yang baharu dilaksanakan pada 2024, kata Menteri Kewangan Anwar Ibrahim.
Katanya, antara reformasi fiskal itu melibatkan cukai 10% bagi barang bernilai rendah (LVG) yang diimport berharga RM500 dan ke bawah, serta penyasaran subsidi diesel.
“Pada masa ini, pelaksanaan HVGT masih ditangguh,” katanya dalam jawapan bertulis Parlimen.
Anwar, yang juga perdana menteri, menjelaskan Putrajaya akan mengkaji kebolehlaksanaan dan pendekatan pengenaan cukai HGVT sebagai antara elemen dalam pelaksanaan langkah semakan semula kadar dan peluasan skop kenaan cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST), sepertimana dicadangkan dalam Belanjawan 2025.
“Dasar dan perundangan bagi…
