PUTRAJAYA: Pengguna kenderaan elektrik (EV) akan dikenakan fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) ditetap berdasarkan kuasa motor elektrik mulai 1 Jan 2026, kata Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.
Loke berkata kadar itu ditetapkan hanya terpakai kepada Kenderaan Sifar Emisi (ZEV) dalam kategori kenderaan elektrik bateri (BEV) dan kenderaan elektrik sel bahan api (FCEV) sahaja.
“Secara purata, kadar fi LKM baharu adalah 85% lebih rendah berbanding kadar fi sedia ada,” katanya dalam sidang media di Kementerian Pengangkutan Putrajaya.
BERITA LANJUT MENYUSUL