Kerajaan negeri menunggu keputusan kajian Petronas mengenai potensi hidrokarbon di perairan Perlis, Kedah, dan Pulau Pinang.

PERAI: Kerajaan Pulau Pinang menunggu hasil kajian Petronas sebelum mendapatkan nasihat undang-undang mengenai kemungkinan memperkenalkan cukai jualan produk petroleum, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Chow berkata Petronas perlu membentangkan hasil kajian terlebih dahulu sama ada terdapat rizab hidrokarbon di perairan Perlis, Kedah, dan Pulau Pinang.
“Jika tidak ada, semua perkara yang kita katakan sebelum ini (di Dewan Undangan Negeri) bersifat akademik,” katanya.
Jika ada rizab minyak, “kita perlu berusaha bagaimana kita boleh mendapatkan bahagiannya”, katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Deepavali di sebuah rumah kanak-kanak.
Chow ditanya sama ada beliau telah mendapatkan nasihat daripada penasihat…
