
KAJANG: Pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak perlu diadakan kerana hanya akan mencetuskan kegusaran politik, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Ahmad Maslan.
Beliau yang juga timbalan menteri kerja raya turut menzahirkan keyakinan kerajaan perpaduan tidak akan meluluskan syor Pengerusi DAP Kuala Lumpur Tan Kok Wai itu yang mencadangkan kerajaan memulakan pilihan raya PBT di ibu negara.
“Pada pandangan saya, tidak perlu (pilihan raya PBT). Saya selaku ahli MKT (Umno), tidak mahu bertambah runcing perkauman di negara kita ini,” katanya selepas melawat Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
Beliau mengulas gesaan Tan yang mahu kerajaan memulakan pilihan raya PBT di ibu negara sebagai langkah memperkukuh demokrasi.
Ahmad berkata pilihan raya PBT tidak perlu diadakan memandangkan sistem PBT itu…
