Site icon Hot FM

Curi Ferrari di pusat cuci kereta, enam ditahan


hussein omar khan
Enam individu berusia 23 hingga 40 tahun ditahan bagi membantu siasatan, menurut Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan.

SHAH ALAM: Polis menahan enam individu termasuk seorang wanita dipercayai terlibat dalam kes kecurian sebuah kereta mewah jenis Ferrari, yang dilaporkan hilang 17 Nov di sebuah pusat cuci kereta di Hulu Kelang.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata tangkapan terhadap lima warga tempatan dan seorang warganegara asing itu, dilakukan secara berasingan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Beliau berkata susulan tangkapan itu polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.

“Turut dirampas lapan telefon bimbit, dua batang anak kunci termasuk Ferrari, beg silang, passport Malaysia, tali lanyard bersambung pisau berhulu.

“Selain itu, tiga alat kawalan jauh kereta, kad akses rumah dan sebungkus plastik lutsinar tertera tulisan ‘diamond’,” katanya dalam satu kenyataan hari…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version