Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Cute Sungguh Aksi Anak Fazura & Fattah Amin Minta Izin Untuk Masuk ‘Live’ – “Petahnya Dia Berkata-Kata, Siap…”

today26 May 2023

Background

Anak kepada pelakon popular Nur Fazura dan Fattah Amin, Nur Fatima Aisya sekali lagi mencuri perhatian dalam kalangan peminat yang terhibur melihat gelagatnya meminta izin untuk masuk di dalam sesi live ibunya.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Fazura sendiri menerusi sebuah hantaran di TikTok.

Dalam perkongsian tersebut, Fazura sedang bersiaran langsung sambil membuat tutorial solekan dan kemudian Fatima datang ke bilik untuk masuk sekali.

“Siapa ni? Mommy buat apa? Nyama follow boleh tak?” tanya Fatima.

@fazura.officialboleh dia tanya mommy “siapa ni” hahaha adoii cute la nyama ni 😍🥰

♬ original sound – fazura.official

Melihat kesopanan dan kecomelan Fatima, perkongsian tersebut mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya di ruangan komen.

“Sopannya dia siap minta izin lagi nak join mommy. Bagusnya minta izin, comel dan beradab sopan, pandai Fazura didik dia,” tulis netizen.

Written by: Aqilah


Previous post