PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan cuti semua menteri dan timbalan menteri dibekukan susulan situasi banjir buruk yang kini melanda Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Johor dan Perak.
Beliau turut mengarahkan semua anggota Jemaah Menteri turun padang dan membantu rakyat yang terkesan akibat bencana ekoran Monsun Timur Laut itu.
“Semua menteri diminta terus tugas, (saya mengarahkan mereka) turun (turun padang).
“Ya, cuti (menteri dan timbalan menteri) akan beku,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Pudina, Presint 17, Putrajaya, dan makan tengah hari di Taman Warisan Pertanian, lapor Utusan Malaysia.
Semalam Anwar dilaporkan berkata, kerajaan persekutuan bersama enam kerajaan negeri yang terjejas banjir akan memastikan keselamatan dan kebajikan penduduk terjamin sepanjang Monsun Timur…