
PETALING JAYA: Pasukan D9 menangkap lima lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian samun seorang warga asing oleh sekumpulan individu menyamar sebagai polis.
Tangkapan ini susulan laporan kejadian samun di sebuah flat di Seksyen 25, Shah Alam pada 19 Sept lepas, mengenai beberapa orang lelaki memukul dan merampas wang RM7,000 serta dua telefon bimbit milik mangsa.
“Salah seorang dari suspek dikenali dengan nama panggilan ‘Wira Tempang’,” kata Ketua Polis Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim dalam kenyataan.
Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota Cawangan D9 IPK Selangor bersama-sama D9 IPD Shah Alam tangkap lima lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut, pada 23 Sept lepas, di sekitar Shah Alam.
Kelima-lima tangkapan berumur antara 39 tahun hingga 54 tahun dan…