Hot FM

Dadah RM82 juta dari Amerika Latin dirampas, polis tumpas sindiket antarabangsa


Polis menunjukkan rampasan dadah bernilai kira-kira RM82 juta, dipercayai berasal dari negara Amerika Latin, pada sidang media hari ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas menahan tiga lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM82 juta, dipercayai dari negara Amerika Latin, dalam tiga serbuan di Kajang dan Cheras minggu lepas.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali berkata, dalam serbuan pertama di sebuah rumah di Taman Nadayu Kajang pada Khamis, pihaknya menahan tiga warga tempatan, yang juga adik beradik, dipercayai dalang sindiket itu.

Ketika serbuan, katanya, ketiga-tiga suspek berusia antara 27 hingga 39 tahun itu sedang leka membungkus dadah.

“Pemeriksaan lanjut menemukan 830 bungkusan plastik, 56 guni plastik dan satu besen plastik yang kesemuanya berisi syabu serta pelbagai peralatan membungkus dadah,” katanya pada sidang media…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version