Bekas pemain bola sepak kebangsaan yang juga suami kepada Ayu Raudhah, Zaquan Adha Abdul Radzak meluahkan rasa sedih atas kehilangan anak bongsunya, Muhammad Aisy Al Rees yang meninggal dunia pada Rabu.
Menerusi muat naik di Instagram Story, Zaquan berkongsi foto tilam dan bantal berwarna biru yang juga tertulis nama milik arwah, Aisy.
Selain itu, Zaquan mengaku bahawa dua hari tanpa sosok anak kecil itu adalah hari yang sangat sunyi buatnya dan keluarga.
“Ya Allah, dua hari yang sangat sunyi tanpa anak syurga daddy. Berbahagia lah adik Raees di sana,” tulisnya.

Manakala, menerusi hantaran berlainan pula, Zaquan turut berkongsi video pendek Rees ketika bermain bersama abang-abangnya sekaligus menjelaskan bahawa dia cuba untuk kuat menghadapi ujian yang diberikan dan berharap agar anak syurganya itu hadir didalam mimpinya.
“Semoga anak syurga daddy hadir dalam mimpi daddy.
“Daddy cuba kuat untuk hadapi semua ini. Beri aku kekuatan Ya Allah,” katanya.
Sebelum ini, Zaquan berkongsi berita duka mengenai pemergian anak bongsunya menerima status di Instagram Story (IGs) pada malam, Rabu.
Rozita memaklumkan anak buahnya itu tidak sedarkan diri pada jam 1 petang selepas menerima panggilan keceman daripada Ayu mengatakan Aisy tidak menyedarkan diri.
Jenazah telah menjalani proses bedas siasat di Unit Jabatan Forensik Hospital Rembau pada Selasa sebelum dibawa ke kediaman Zaquan untuk urusan pengebumian.
Pada pagi Rabu, Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees telah selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, Negeri Sembilan.
Sekadar info, Ayu dan Zaquan berkahwin pada 21 Januari 2011 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 12, Muhammad Aisy Aryann, 11, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khalid, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan anak keenam, kini berusia 2 tahun.