
KUALA LUMPUR: Daftar Pemilih Tambahan Disember 2023 (DPT BLN12/2023) yang diperaku dan diwartakan hari ini kini dibuka untuk semakan, selama 30 hari hingga 17 Feb depan.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ikmalrudin Ishak berkata DPT BLN12/2023 mengandungi 38,285 nama warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas, dalam tempoh 1 hingga 31 Dis lepas yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu.
Daftar pemilih itu juga mengandungi 6,139 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya, dan 2,671 orang pemilih bertukar status atau kategori pengundi.
“SPR menyeru kepada warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 31 Dis 2023 dan mana-mana pemilih berdaftar yang memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status untuk menyemak nama mereka dalam DPT BLN12/2023.
“Sekiranya mereka mendapati namanya tidak disenaraikan dalam DPT…