

Kerajaan Sarawak bertegas agar Sukan Malaysia (Sukma) diteruskan mengikut jadual pada Ogos ini, walaupun terdapat gesaan supaya temasya sukan dwitahunan itu ditangguhkan.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan negeri, Abdul Karim Rahman Hamzah berkata Sarawak sudah buat perbelanjaan besar bagi persiapan, termasuk logistik dan tempahan penginapan.
“Deposit telah dibayar dan atlet kita juga telah dihantar ke merata tempat, termasuk ke luar negara, untuk menjalani latihan,” katanya dipetik Dayak Daily sebagai berkata.
Karim turut berkata penangguhan Sukma boleh menyebabkan ramai atlet tidak dapat mengambil bahagian kerana mereka akan melebihi had umur 21 tahun yang ditetapkan.
“Kita juga tidak tahu bila perang di Timur Tengah akan…