

Seorang pemimpin Pemuda Umno mempersoalkan hasrat Pakatan Harapan (PH) untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) di Melaka, selepas mendakwa gabungan itu sebelum ini lantang menyerang parti itu dalam beberapa isu.
Setiausahanya Hafiz Ariffin berkata beliau secara peribadi tidak bersetuju dengan kerjasama itu susulan pendirian dan kritikan PH terhadap Umno, termasuk di Johor dan Negeri Sembilan selain Kongres PKR.
“Sekarang nak kerjasama? Haha, no thank you,” katanya di Facebook.
Hafiz turut mendakwa isu termasuk suruhanjaya siasatan diraja (RCI) dan beberapa kes lama digunakan untuk memberi tekanan kepada Umno dan BN.
Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan RCI atau kes dimaksudkan.
Beliau mengulas laporan media memetik kenyataan Pengarah Pilihan Raya PH Amirudin Shari yang menantikan kesediaan Pengerusi BN Melaka Ab Rauf Yusoh bagi memulakan rundingan rasmi…