Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad mengakui tidak boleh melupakan satu peristiwa sewaktu menghadiri majlis perkahwinan rakan baiknya beberapa tahun lalu.
Artikel Berkaitan: Jadi Bahan Kutukan, Uyaina Arshad Tidak Berdiam Diri – ‘Ini Adalah Buli Siber & Ia Tidak Okay’
Artikel Berkaitan: ‘Ramai Kecam Tapi Pernah Korang Jumpa Dia Depan-Depan? – Staf Kongsi Sisi Baik Uyaina Arshad
Kena sisih?

Menerusi hantaran di platform Threads, Uyaina berkata, dalam majlis tersebut beberapa rakan yang lain hadir dengan pakaian berwarna kuning.
Manakala dia seorang sahaja memakai baju berwarna biru kerana tidak dimaklumkan mengenai tema warna yang telah dipersetujui bersama.
Saya pernah kena, waktu ‘kawan baik’ saya punya majlis perkahwinan. Ada kawan yang lain, mereka berempat semua pakai warna baju yang sama iaitu kuning. Saya seorang sahaja tidak dapat memo, jadi saya pakai warna biru.
Masih terpahat insiden itu dalam ingatan sehingga hari ini, Uyaina memberitahu situasi tersebut…