Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Dah Macam Member! Zizan Razak Selamba Ajak Lisa Blackpink Pergi…

today7 June 2023

Background

Tindakan pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak memberikan komen di foto milik penyanyi terkenal Korea Selatan, Lisa Blackpink mendapat perhatian ramai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LISA (@lalalalisa_m)

Menerusi komen tersebut, Zizan berseloroh mengajak Lisa untuk turut serta menonton Polis Evo 3 yang sedang ditayangkan di pawagam.

“Saaa, kalau free-free jangan lupa tengok Polis Evo 3 okay? Thank you Saaa,” tulis Zizan di ruangan komen foto tersebut.

Komen tersebut meraih pelbagai reaksi kerana rata-rata netizen Malaysia membanjiri ruangan komen tersebut kerana terhibur melihat Zizan yang membuat Lisa seolah-olah seperti kawan rapat.

“Gitu je dia panggil.

“Steady Inspector Sani.

“Kampung sangat Saa.

“Tengok ni weh dia cakap macam dengan member je,” tulis netizen di komen.

Untuk rekod, Zizan melakonkan watak sebagai Inspektor Sani dalam filem terbaru arahan Syafiq Yusof iaitu Polis Evo 3 dan setakat ini telah berjaya mengutip sebanyak RM41 juta.

Written by: Aqilah


Previous post