Pelakon Datin Almy Nadia berkongsi mengenai penghijrahannya yang mula mengenakan hijab pada Jun tahun lalu.
Menerusi laporan Harian Metro, Almy nekad membuat keputusan tersebut selepas dia mula mamakai selendang dan pakaian longgar.
“Saya mula berubah secara perlahan-lahan bermula dari segi pakaian.
“Selain memakai baju yang longgar, saya juga mula memakai selendang untuk menutup rambut ketika di luar rumah.
“Saya juga mula berhijab sepenuhnya ketika mengambil anak di sekolah yang berhampiran Masjid Wilayah dan seterusnya ketika terbabit dalam program Majalah Keluarga di Legoland pada tahun lalu,” katanya.
Tambah Almy, suaminya yang juga pelakon, Datuk Fizz Fairuz tidak menghalang hasratnya itu malah tidak memaksa untuk mengenakan hijab.
“Fizz cuma bertanya adakah saya benar-benar sudah bersedia berhijab dan dia juga meminta saya betulkan niat berhijrah kerana Allah dan bukan paksaan darinya atau ahli keluarga.
“Ahli keluarga saya dan mentua semuanya berhijab dan mereka juga sangat menyokong penghijrahan ini.
“Terus terang saya juga sudah puas bergaya dengan pelbagai fesyen baju dan rambut ketika zaman anak dara dan bentuk badan langsing dulu dan kini sampai masanya untuk saya berhijrah menjadi isteri, ibu dan hamba Allah yang lebih baik,” jelasnya.
Berkongsi aktiviti di bulan Ramadan, Almy bersyukur apabila suaminya lebih gemar untuk berbuka puasa di rumah.
“Saya bersyukur kerana dikurniakan suami yang ‘family man’ seperti Fizz. Dia lebih suka berbuka dan bersahur dari air tangan isterinya di rumah.
“Saya juga akan memasak juadah berbuka mengikut permintaan suami dan anak-anak,” katanya.
Almy mendirikan rumah tangga dengan dengan Fizz pada 26 April 2014.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat cahay mata perempuan iaitu Nur Afrina Ariana, 8, Nur Afrina Aurora 7, Nur Afrina Ayra, 5, Nur Afrina Aishah, satu tahun empat bulan dan seorang anak angkat Nur Afrina Darwisyah, 14.
Sumber: Harian Metro