
PETALING JAYA: Seorang warga Nepal, Krishna Timilsina berjaya mengumpul RM23,000 (700,000 rupee Nepal) selepas bekerja keras selama dua tahun di Malaysia yang digunakannya untuk mengubah kehidupan dengan menjadi pengeksport pakaian berpangkalan di Kathmandu.
Syarikatnya dikenali Thread Garment membekalkan pakaian bukan sahaja ke Qatar dan Dubai tetapi juga Malaysia, tempatnya membanting tulang sebelum ini. Beliau juga kembali menyumbang kepada negaranya apabila menggajikan 850 pekerja.
“Pada 2008 saya mengemas beg dan berhijrah ke luar negara untuk bekerja. Saya mendapat pekerjaan di sebuah kilang di Malaysia, memuatkan kotak penuh dengan sarung tangan pembedahan ke dalam bekas penghantaran.
“Setiap setengah jam saya terpaksa berhenti untuk memerah peluh dari baju saya yang basah. Kemudian…