
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan Daim Zainuddin bahawa beliau sedang “diburu”, menegaskan pihaknya menyiasat bekas menteri kewangan itu tanpa prejudis, mengikut undang-undang.
“SPRM tidak pernah membangkitkan atau mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi yang menuduh Daim telah pun melakukan sebarang kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Agensi antirasuah itu menjelaskan Daim disiasat bawah Seksyen 23 Akta SPRM dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).
Menurut SPRM, pihaknya membuka kertas siasatan berhubung Daim pada Februari 2023 berdasarkan maklumat daripada Kertas Pandora.
“Pada 7 Jun 2023, satu notis bawah Seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009 (Akta 694) telah diserahkan kepada Daim yang mengkehendaki beliau mengisytiharkan…