Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Dakwa alami tekanan, pelajar parah jatuh tingkat 3 bangunan sekolah

today6 October 2026

Background


Ketua Polis Kulim Syamsul Sinring berkata pelajar 13 tahun itu mengaku terjun sendiri dari tingkat tiga bangunan sekolah kerana mengalami tekanan berkaitan akademik. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:

Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun parah dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah menengah di Kulim, Kedah, Ahad lalu.

Ketua Polis Kulim, Syamsul Sinring, berkata kejadian berlaku kira-kira 3.40 petang pada waktu rehat.

Menurutnya, polis menerima laporan daripada seorang guru 48 tahun memaklumkan pelajar itu ditemui dalam keadaan terbaring di lantai berhampiran tangga Blok E sekolah.

“Pengadu kemudian ke lokasi dan mendapati mangsa masih sedar serta boleh bercakap, sebelum dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Kulim.

“Hasil temu bual polis dengan mangsa mendapati dia mengaku terjun sendiri dari tingkat tiga bangunan sekolah kerana mengalami tekanan berkaitan akademik,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata, mangsa mendakwa sering membandingkan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

City terbang ke Anfield dalam bahang kontroversi

Liverpool: Manchester City bakal menerima sambutan penuh permusuhan ketika bertandang ke Liverpool pada Ahad dalam perlawanan pertama mereka selepas didapati bersalah atas pelanggaran serius peraturan kewangan Liga Perdana Inggeris (EPL), namun sejauh mana keputusan berkenaan memberi kesan kepada pendahulu liga masih belum dapat dipastikan.

today6 October 2026