Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Dakwa beli undi menjelang pemilihan DAP, Satees repot SPRM

today12 March 2025

Background


Setiausaha Urimai Satees Muniandy membuat laporan di pejabat SPRM Pulau Pinang tengah hari tadi.

PETALING JAYA: Bekas Adun Bagan Dalam, Satees Muniandy membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan wujud pembelian undi menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP hujung minggu ini.

Menurutnya, beliau membuat laporan di pejabat SPRM Pulau Pinang tengah hari tadi.

Katanya, beliau tidak berminat campur tangan hal ehwal dalaman DAP, yang lama ditinggalkannya.

“Tetapi, kebimbangan saya ialah apabila parti politik dalam kerajaan (persekutuan) terbabit politik wang, ia menjejaskan kerajaan secara keseluruhan.

“Tambahan, DAP memainkan peranan penting dalam menerajui kerajaan Pulau Pinang, jadi isu ini pasti memberi kesan kepada negeri ini. Saya harap SPRM tidak melengahkan perkara ini,” katanya kepada FMT.

Satees yang kini bersama Urimai berkata, seorang ahli seumur hidup DAP mendakwa pembelian undi berlaku dalam proses pemilihan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: 'Ainin Wan Salleh


Previous post