Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Dakwa Datang Dari ‘Luggage’, Aaron Aziz Terkejut Dengan Respon Pihak Hotel Selepas Temui Tikus Dalam Bilik

today22 July 2022

Background

Semestinya aspek kebersihan adalah antara aspek yang perlu diambil kira apabila kita menempah penginapan untuk keselesaan kita sepanjang menginap di situ.

Terbaharu, pelakon Datuk Aaron Aziz telah berkongsi sebuah video di Instagram miliknya memaparkan detik cemas apabila bilik hotel yang didiaminya di Kemboja didatangi seekor tikus.

https://www.instagram.com/p/CgPeoZmldUt/

Menerusi video terbabit, tikus tersebut terlekat pada jerat yang telah dipasang oleh pihak hotel dan sekaligus menimbulkan keraguan terhadap kebersihan hotel terbabit.

Susulan isu, pihak hotel mengatakan bahawa tikus itu sebenarnya datang dari beg dibawa mereka. Respon yang diberi pihak hotel membuatkan Aaron berasa pelik dan turut meminta pihak hotel untuk melepaskan tikus yang terperangkap itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan respon yang diberikan pihak hotel dan mengundang pelbagai reaksi netizen. Malah, netizen berpendapat kebersihan di hotel itu berada di tahap yang rendah dan tidak sepatutnya hal itu terjadi.

Written by: Mimieyuzi


Previous post