
KUALA LUMPUR: Seorang peguam memfailkan permohonan bagi kebenaran semakan kehakiman terhadap polis, Jabatan Imigresen (JIM) dan kerajaan berhubung dakwaan salah guna kuasa kerana menangkap dan menahan beliau secara salah pada Okt 2023.
Rosli Dahlan memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi pada 29 Dis lepas menerusi Tetuan Vin Law Co dan ia telah ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Ahmad Kamal Md Shahid pada 19 Feb ini.
Beliau menamakan Ketua Polis Negara Razarudin Husain, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ramli Mohamed Yoosuf, Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Urusetia Ketua Polis Negara Muhammad Hasbullah Ali serta Timbalannya Foo Wei Min dan Pegawai Penyiasat Mohd Faizal Mohd Atan sebagai responden pertama hingga kelima.
Turut dinamakan Ketua Pengarah JIM Khairul Dzaimee Daud, polis, JIM dan…