
PETALING JAYA: Lebih 300 jemaah sepatutnya berlepas ke Tanah Suci hari ini mendakwa ditipu apabila sebuah syarikat pelancongan gagal menyediakan tiket, hotel, dan visa.
Seorang daripada mangsa, Azieda Azhar, 42, berkata lebih 50 mangsa ‘berkampung’ di luar premis syarikat, sejak 10 pagi semalam bagi menuntut kembali wang.
“Dari 10 pagi semalam sampai sekarang kami tak balik. Kalau balik nanti pejabat tutup langsung tak dapat hubungi siapa-siapa.
“Sehingga kini kami belum dapat apa-apa penjelasan daripada pemilik. Sekarang kami nak dapatkan bayaran balik sahaja. Tapi, bayaran balik tu macam tipis nak dapat kerana pemilik tak dapat dihubungi, pegawai dia hubungi pemilik pun tak dapat,” katanya kepada FMT.
Azieda yang juga suri rumah, berkata dia dan suami mengambil pakej ‘cinta’ berjumlah RM11,000 dan mereka sepatutnya berlepas…