
PETALING JAYA: Seorang perunding koperasi menuntut RM5 juta sebagai ganti rugi daripada kerajaan kerana gagal bertindak ke atas salah guna kuasa dan penyelewengan yang didakwa berlaku dalam sebuah organisasi.
Dalam pernyataan tuntutannya, Shan Thuraisingham juga mahu mahkamah memerintahkan dua bekas pemimpin MIC memulangkan RM8 juta yang didakwanya telah diselewengkan.
Shan, yang merupakan setiausaha kehormat Persatuan Usahawan, Pengurusan dan Koperasi Islam Malaysia (UrusCoop), memfailkan pernyataan tuntutan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 13 Jun lalu.
Dia memfailkan writ di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 April, yang turut disampaikan kepada Jabatan Peguam Negara.
Dalam pernyataan tuntutan, Shan mendakwa RM8 juta itu telah diperuntukkan oleh perdana menteri ketika itu, Najib Razak kepada dua pemimpin MIC yang akan diagihkan kepada koperasi masyarakat…