
PETALING JAYA: Polis menjalankan siasatan terhadap seorang pemilik akaun Facebook yang mendakwa kononnya Imam Mahdi berada di Sabah melalui penstriman langsung, baru-baru ini.
Ketua Polis Perak, Mior Faridalathrash Wahid berkata, beliau sudah mengarahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Perak serta Ketua Polis Daerah (KPD) Kuala Kangsar menjalankan siasatan.
Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
“Ketika merakam video siaran terbabit, pelakunya berada di sebuah kedai di Sayong Lembah, Kuala Kangsar. Jadi saya sudah arahkan Ketua JSJ Perak dan KPD Kuala Kangsar menjalankan siasatan biarpun setakat sekarang belum dimuktamadkan lagi bentuk siasatan yang dijalankan.
“Ketika ini saya tidak boleh mengulas…