Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Dakwa Kenal Polis Dan ‘Sound’ Peniaga Wanita, Tindakan Abang Kawasan Ini Undang Kemarahan Netizen

today28 July 2022

Background

Baru-baru ini tular di media sosial sebuah video TikTok yang memaparkan seorang penjual nasi lemak telah diberi amaran oleh seorang lelaki yang dipercayai ‘abang kawasan’ apabila mahu berniaga di kawasan tersebut.

Menerusi video tersebut, lelaki itu dilihat mengugut wanita terbabit jika ingin berniaga di situ dan mengatakan bahawa dirinya mengenali anggota polis yang berpangkat tinggi. Walaupun telah menerima ‘peringatan’ tetapi wanita itu masih meminta izin untuk berniaga di kawasan terbabit.

@bukan_manusia9669

kasi viral#BP #bp_tiktok

♬ bunyi asal – HamsterNAKAL – HamsterNAKAL

Oleh itu, lelaki itu juga memberitahu wanita tersebut bahawa dia sudah memberi amaran agar tidak berniaga dan tidak bertanggungjawab jika ada perkara yang tak diingini bakal berlaku nanti.

Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa berang dengan tindakan lelaki itu yang ‘sound’ peniaga tersebut. Malah, para netizen mahu lelaki itu ditangkap polis kerana terdapat unsur ugutan.

@barry4671

Reply to @bukan_manusia9669 settle dh ke balai terus 😂

♬ Happy Laughing – Sound Effect

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen turut kagum dengan jawapan sopan dan tenang peniaga itu ketika berhadapan dengan ‘abang kawasan’ tersebut yang memberinya amaran. Malah, ada juga netizen mendakwa bahawa ‘abang kawasan’ tersebut telah ditahan pihak polis.

Written by: Mimieyuzi


Previous post