
PETALING JAYA: Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang mengutuk kenyataan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad yang menyentuh hubungan masyarakat India di negara ini.
Aaron berkata, sebagai negarawan, tidak wajar Mahathir menuduh masyarakat India Malaysia “tidak setia” kepada negara ini kerana “masih terikat dengan negara asal” mereka.
“Beliau sebagai seorang negarawan yang telah bersama-sama membina negara bangsa ini sepatutnya menjadi seorang ejen perpaduan negara dalam menyebarkan mesej-mesej kebersamaan.
“Saya menyeru kepada semua lapisan masyarakat termasuk pemimpin politik untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum sekali gus boleh menimbulkan kebencian,” katanya dalam kenyataan.
Tambahnya, pemimpin politik seperti Mahathir seharusnya menjadi suri teladan…