Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Jika pada tahun lalu hangat dibincangkan serta turut mengumpul pengikut di Malaysia mengenai ajaran sesat Perjalanan Mimpi Yang Terakhir, siapa sangka tahun ini turut menyaksikan sebuah lagi ajaran yang turut menjadi ikutan beberapa individu iaitu ajaran berpandukan mimpi yang dikenali sebagai Mimpi Lelaki Pakistan.
Menurut laporan Sinar Harian, difahamkan ajaran ini mengajak orang ramai untuk mempercayai terdapat seorang lelaki dari Pakistan menerusi mimpinya mengenai akhir zaman.
Menggunakan platform e-mel
Mengulas mengenai bagaimana ajaran melibatkan mimpi ini disebarkan, ajaran ini memilih cara yang sukar dikesan orang ramai iaitu menerusi e-mel yang dihantar kepada individu tertentu serta turut menyenaraikan beberapa laman web untuk orang ramai sebagai rujukan.
Selain itu, terdapat juga WhatsApp Group yang ditubuhkan dalam menyebarkan ‘ajaran’ yang setakat ini sudah disertai oleh…