Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Dakwa Shuk Sahar Culas Bab Nafkah, Fara Salleh Nekad Fail Cerai

today3 March 2025

Background

Isu rumah tangga membabitkan pengacara dan pelawak, Shuk Sahar masih tidak berkesudahan selepas isterinya, Fara Salleh nekad memfailkan cerai.

Menerusi perkongsian di ruangan Instagram, Fara memberi amaran agar Shuk memberikn kerjasama sepanjang prosedur perceraian.

“Aku proceed untuk kesenangan Podcast Lepak Bapak dari Singapore. Kau orang hamak sangat kan?

“Nanti pesan dekat Shuk untuk bagi kerjasama tau. Jangan dihalang pula. Kesian sikit dekat aku ni bawa perut turun naik pejabat agama haritu,” katanya.

Dalam pada itu, Fara juga berasa kurang senang dengan tindakan Shuk yang sentiasa mendahulukan kawan-kawannya untuk menjual produk kecantikan berbanding dirinya.

“Yang aku pelik, sudah lah aku tidak diizinkan kerja, nafkah pun… aku ada followers, aku review jual produk tapi kenapa muka yang dalam podcast tu yang menjual produk. Takut sangat ke aku berduit?

“Sanggup bagi orang lain jualkan. Sebab tu pernah post sebelum ni ‘Daripada tolong bapak-bapak ni bagi bini makan, kenapa tak tolong isi perut bini sendiri’.

“Orang lain semua tolong isteri, sanggup ya Shuk bagi podcaster jual barang dia. Nampak kan Shuk Sahar sanggup tolong orang luar berbanding isteri sendiri.

“Fahamkan kenapa akaun aku kadang-kadang ada tinggal RM30 ke RM50,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Fara juga memaklumkan, dia bertindak memfailkan perceraian berpunca dari  kawan-kawan Shuk sendiri.

Selain, mengaku penat membantu Shuk menjayakan ‘perniagaan’ mereka.

“Yes, aku proceed untuk cerai atas beberapa sebab nama kawan-kawan dia yang lain. Cari sahaja dalam Instagram podcast.

“Oh ya, mereka buka booth bulan puasa jual sampul raya. Penat aku teman dia shooting untuk sampul raya tu. Rupanya buat dengan kawan-kawan juga.

“Planning busines itu ini dengan aku, semua diam-diam dia plan dengan kawan-kawan,” kongsinya.

Tidak habis disitu, Fara juga turut berkongsi tangkap layar Instagram milik kawan-kawan Shuk sekaligus mempersoalkan tindakan suaminya itu yang culas membayar nafkah.

“Kenapa sanggup tolong orang luar sedangkan bini sendiri pun tak kerja, tak ada income.

“Diri sendiri pun admit tak mampu bagi certain amount nafkah aku minta. Dah bincang baik-baik bab nafkah atas persetujuan sendiri pun culas.

“Seram ya bsuines dengan bini? Takut bini berduit.. takut orang lebih dari kau kan… Sebab kau jenis suka dipuji, diangkat. Sebab tu komen kecam aku, hina aku kau biarkan dekat Instagram kau. Komen kecam kau, hina kau, kau delete,” ujarnya.

Sebelum ini, Shuk juga didakwa mengabaikan isterinya sehingga mengalami pendarahan dalam rahim.

Untuk rekod, Fara dan Shuk berkahwin pada November 2023 selepas bercerai dengan isteri pertamanya iaitu Rossa Sera pada 22 Mac 2023.

Hasil perkahwinan pertama itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 9, dan Nur Assyifatu Aimi, 6 tahun.

Written by: Aqilah


Previous post