Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Dakwa Starbucks tak halal, lelaki didenda RM5,000

today17 May 2023

Background


Irwan Sidik membuat kenyataan palsu mendakwa produk minuman itu haram kerana mengandungi emulsi daripada babi dan arak.

Irwan Sidik mengaku bersalah berkongsi maklumat palsu status ‘halal’ Starbucks di Facebook tahun lalu.

SEPANG: Seorang penjual telefon bimbit didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah berkongsi maklumat palsu mengenai status “halal” minuman Starbucks di Facebook tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Azrol Abdullah memerintahkan Irwan Sidik, 34, dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda itu.

Irwan dituduh menerbitkan satu hantaran bawah nama profil “Boss Eone” kira-kira 10 malam pada 28 Dis 2022.

Dalam hantaran itu, dia mendakwa produk syarikat kopi tersebut “haram” kerana didakwa mengandungi E471 (Emulsi 471) mono digliserida yang berasal daripada daging babi, alkohol, dan arak.

Hantaran itu dibaca pada 3 petang 3 Jan 2023, di ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di Cyberjaya.

Irwan didakwa bawah Seksyen 233(1)(a) Akta…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Angelia Lau


Previous post