Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Dakwaan ada komplot tangkap, kita kenal Sanusi macam mana, kata Anwar

today23 July 2023

Background


Anwar Ibrahim berkata umum mengetahui sikap Menteri Besar Kedah Sanusi Nor dan ‘teori baharunya’.

PETALING JAYA: Anwar Ibrahim menggambarkan Sanusi Nor terkenal membuat “teori baharu” mengulas dakwaan menteri besar Kedah berhubung plot menangkap dan menjatuhkan kredibilitinya dirancang sejak enam bulan lalu.

Perdana menteri berkata, pemimpin PAS itu sememangnya diketahui sikapnya.

“Saya tidak perlu ulas kerana itu urusan polis. Kita kenal dia macam mana dan setiap hari beliau ada teori baharu,” katanya menurut Berita Harian ketika ditemui selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Felda, Gua Musang.

Pada 18 Jul, Sanusi ditahan polis pada 3 pagi, sebelum didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang atas dua tuduhan hasutan terhadap raja.

Sanusi bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan tersebut. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948.

Hakim juga melarang Sanusi membuat komen berhubung kes itu.

Pada 20 Julai, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post