
PETALING JAYA: Dakwaan terdapat ahli Bersatu menipu tarikh keahlian bagi membolehkan mereka bertanding jawatan dalam pemilihan parti itu tidak berasas dan bermotifkan serangan politik, kata Timbalan Presiden, Ahmad Faizal Azumu.
Beliau berkata, dakwaan Presiden Pejuang, Mukhriz Mahathir itu tidak disokong fakta.
“Saya fikir jika benar berlaku, tentunya beliau akan mengambil tindakan pada ketika itu kerana beliau juga Timbalan Presiden (Bersatu) sebelum pemilihan diadakan.
“Jika tiada tindakan, itu maknanya tiadalah yang berlaku. Jadi, saya yakin beliau sebagai Timbalan Presiden kami ketika itu, tentunya akan ambil tindakan tegas, jika perkara sebegitu berlaku,” katanya dipetik Bernama pada perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Peja Trophy 2022 Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenderiang di Tapah.
Sebuah akhbar tempatan…